Monday, April 23, 2007
wanita tanpa perhatian suami
Saya lihat wanita zaman sekarang semakin ramai yang berjaya. Mereka berani melangkah untuk mencuba sesuatu yang baru terutamanya dalam bidang perniagaan. Saya ingin berkongsi cerita dengan anda semua, benarkah pemerhatian saya ini? Namun begitu, ramai juga wanita di luar sana yang semakin dihimpit masalah kewangan. Kenapa agaknya? Ada yang tak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga anak2 dan suami tak mampu memberi wang poket setiap bulan. Pada pendapat saya setiap isteri seharusnya diberi insentif berupa wang saku, pakaian atau hadiah2 sebagai dorongan agar mereka lebih bersemangat menjaga perihal rumahtangganya. Tetapi kenapa masih ramai suami yang seakan buat tak nampak akan hal ini? Keperluan isteri jarang sekali diberi perhatian tetapi jika isteri meminta dikatakan pula isteri tak faham, suka menyusahkan suami atau apa2 juga... Benarkah begitu..? Memang benar isteri tak boleh meminta2 atas apa yang tak mampu diberi suami tetapi ada di kalangan suami yang terlalu kedekut dan berkira untuk membelikan apa2 untuk isterinya tetapi lebih bermurah hati kepada kawan2nya. Anda ada pengalaman begini?
Subscribe to:
Comments (Atom)